Wednesday, January 13, 2010

Lampu Kreatif....

Lampu kreatif daripada bekas minuman....

daripada ini....

kepada ini...





Cantik kan lampu dari bekas minuman ni....bahan-bahan yang digunakan pun senang nak dapat...cuma perlukan bekas minuman dan stapler sahaja...murah dan ekslusif...tade jual kat IKEA tau...

p.s. Actually lampu ni bukan aku yang buat, abang aku yang buat...aku cuma tolong je...................








tolong tengok......hehe

Friday, January 1, 2010

Gema Zafana kembali lagi...

Actually, dari minggu leapas nak update blog cerita pasal Gema Zafana ni, tapi baru sekarang ada kesempatan.

Sabtu minggu lepas akhirnya dapat juga tengok zapin (gema zafana) kat istana budaya..pada mulanya ingatkan aku ngan cik ros je yang nak tengok..tak sangka pulak hakam, aida ngan safa pun nak ikut skali..hehe...apa-apahal pun...korang memang best..pegi ramai-ramai ni..meriah dan kecoh sikit...kann..lebih-lebih lagi cik safarina suyong tu..hehe

Dengan Aida, Ros dan Safa~korang memang best

Bercerita pasal gema zafana ni, actually dah lama tunggu untuk persembahan kedua gema zafana ni..kali pertama lima tahun lepas..time tu masih lagi belajar kat kl. Masih terbayang-bayang lagi waktu tu..aku ajak ina pegi sebab dah takde sapa yang sudi nak temankan aku..lepas tu terpaksa lak balik lewat..sampai je pintu guard utm, pak guard dah buat muka separa garang..adeh time ni otak aku memang putar laju nak pikirkan alasan..tapi akhirnya,tanpa memutar belit alasan..aku berjaya juga meloloskan diritanpa disaman oleh pak guard..mungkin sebab strategi aku buat muka kasihan berjaya memperdayakan pak guard...hehe

Bersama-sama dengan pakcik-makcik yang terlibat sama dengan persembahan Gema Zafana 2009...baik-baik dan peramah orangnya, walaupun tak kenal kitorang makcik-makcik tu siap peluk shiom kitorang lagi...=)


Berbalik kepada cerita Gema Zafana ni...antara Gema Zafana 2004 dan 2009, kedua-duanya berjaya memuaskan hati aku, cuma pada persembahan bahagian pertama Gema Zafana 2009, tak banyak perbezaan yang ditonjolkan dengan Gema Zafana 2004...ni la yang buatkan aku sedikit kuciwa la...sebab aku expect something yang sangat-sangat berbeza dari dulu...tapi rupanya tak banyak beza sangat, sebab jalan ceritanya lebih kurang sama nasib baik ada ramlee sarip. Berbeza pada bahagian kedua, banyak penambahan dan perubahan dilakukan...dan lebih banyak zapin kontemporari yang rancak dan bertenaga. Selain tu juga, gema zafana kali ini juga menampilkan persembahan kaum-kaum lain seperti cina dan india..memang sungguh satu malaysia. Dan seperti biasa, diakhir persembahan para penonton diajak naik ke pentas...memang meriah...dan secara kesimpulannya aku memang puas hati..berbaloi-baloi turun kl...


patut nya tak boleh amik gamba, tapi disebabkan persembahan dah abes...snap aje la..

video

video persembahan zapin oleh kanak-kanak cina dan india~ time ni rehat 15 minit, patutnya aku ke tandas..tp terus tak jadi sbb nampak budak-budak comel buat persembahan kat ruang legar istana budaya..

Thursday, December 17, 2009

Thanks Ann ~ comel cupcake awak ^_^

Thanks Ann ~ comel cupcake awak ^_^

Friday, December 11, 2009

Reunion: 1Berlian - 6 Berlian (1991-1996 SKPT)

Terima kasih kepada semua yang hadir ke rumah kami...untuk majlis reunion kecil-kecilan 1Berlian - 6 Berlian (1991-1996 SKPT). Minta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan yang tidak dapat /lambat dapat info untuk majlis ni....jangan risau ye, lepas ni kita buat program macam ni panggil cikgu-cikgu sekolah sekali eh....=)


antara yang sempat menghadirkan diri..

riuh rendah jadinya bila gadis-gadis ini bertemu..

my best fren sejak darjah 4 (13 tahun dah tak jumpa) ~thanks sesangat miza..sudi datang walaupun duk jauh...terharu...T_T

pasangan pengantin baru yang ditunggu-tunggu~ Nazip dan isteri...selamat pengantin baru

Wednesday, November 18, 2009

Menggamit Memori~Sabah

"Sambil menyelam, minum air..." itulah ungkapan yang boleh digambarkan sewaktu ke Kota Kinabalu selama 5 hari. Sebenarnya tujuan utama ke sana adalah untuk menghadiri satu konferen (ICGIP), tapi disebabkan konferen tersebut hanya berlangsung selama 2 hari je, maka tiga hari yang lain dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti mencergaskan minda seperti jalan-jalan makan angin dan mencari ikan yang besar..hehe..

Corat-coret
- Sepanjang berada di Sabah, selera makanku semakin berkurang disebabkan harga makanannya yang mahal..nasib baiklah 3 hari makan free...kalau tak, bertambah-tambah kuruslah aku..nanti tade orang nak..
- Orang Sabah ni memang peramah-peramah, rajin betul sapa-menyapa dan memberi salam ye..
- Hampir menjadi orang gila tatkala ternampak gelang dan rantai-rantai mutiara yang murah..patutnya makan nasi berulam mutiara je la aku..
- Terasa sangat ralat sebab tak dapat daki gunung kinabalu..disebabkan beberapa masalah tertentu..terpaksalah daki sampai kaki gunung je. Okla tu.
- Akibat berjam-jam berjemur dan berendam kat pantai, kini terpaksalah menjadi puteri lilin selama seminggu..bak kata Faz "silent treatment"..=P
- Rasa kaki macam melecur je masa rendam kaki kat kolam air panas..padahal tade pape pun..=)
- Masa naik canopy walk, kamera pun kena bayar..
- Barang pertama yang dibeli semasa di sana adalah benang kait cotton. Benang ni selalunya dijual dengan harga RM5-RM10 tapi disebabkan penghabisan stok, harganya adalah RM3 satu gulung..so apa lagi angkut sedozen...
- Sempat lagi tengok wayang kat One Borneo, pada asalnya plan nak tengok 2012, tapi disebabkan waktu tu terlalu penat dan tak mahu tengok cerita serius-serius ni akhirnya kami kaum-kaum hawa bersetuju nak tengok cerita Pisau Cukur...gelak-gelak terus hilang penat.- Emma dan kak haida sempat lagi menyiapkan projek crochet..beg dan topi yang cantik!
- Terima kasih Dr Abdullah sebab jadi pemandu kitorang..anda sememangnya pemandu berhemah.
- Terima kasih Sharir sebab belanja makan dan bawa kitorang jalan-jalan ke sebuah pasar yang aku pun tak ingat namanya.
- Terima kasih juga buat sahabatku Hafni kerana meluangkan sedikit masa bertemu sahabatmu ini yang sudah 4 tahun mzenanggung rindu..hehe

di kaki gunung kinabalu~@ carson fall

Ikan oo ikan..ke mana kau nak lari..

pemandangan senja yang indah~bla bla..bla...bla...

Antara harta karun yang berjaya dijumpai..haha~
 
rambang mata...tak tau nak pilih ke?

Monday, November 9, 2009

Apa-apa je...

Buat kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini, maaflah sebab sekarang ni dah jarang-jarang meng-update blog. Nak letak hasil kerja tangan yang baru...banyak lagi yang terbengkalai kat umah tu...Ermm..tunggu lah dalam sebulan dua..sebab sekarang ni boleh dikatakan 75.5% masaku telah dihabiskan dihadapan pc untuk mengait bait-bait aturcara yang kadangkala membuat kepala ini sedikit mereng. Sebab itulah terpaksa meninggalkan seketika semua hobi-hobi ni ye....tunggulah..bila dah selesai semua, akan ku balas dendam..muahaha!!!

p.s.Sedar tak sedar, sekarang ni dah bulan November. Kurang dua bulan je lagi akan memasuki ke tahun 2010 dan dua azam aku untuk tahun 2009 masih lagi belum terlaksana..sempat ke ek? hehe...nampak gayanya memang kena anjak lah ke tahun depan =p

Sunday, October 18, 2009

Ya Ladan..

Jam sekarang dah pukul 12.08 am..aku masih lagi sedang sibuk bersedia untuk presentation esok sambil mendengar lagu zapin yang sedap lagi nostalgia ni..buat mereka yang suka lagu-lagu zapin, lagu ini untuk kalian...selamat mendengar..



YA LADAN

Tinggi lah Tinggi, Terbanglah Tinggi,
Akhirnya Jatuh Ya Allah, Yaladan, Yaladan, Yaladan...
Akhirnya Jatuh ke tanah juga, ke tanah juga.

Janganlah kita meninggi diri
akhirnya jatuh ya Allah Yaladan, Yaladan, Yaladan,
Akhirnya Jatuh ke bawah juga, kebawah juga.

Jangan diturut rasemi lalang
baik di turut, Ya Allah Yaladan Yaladan Yaladan,
Baik di turut rasemi padi, rasemi Padi,
meninggi diri dibenci orang
budi bahasa, YA Allah Yaladan Yaladan Yaladan,
budi bahasa ini dicari, ini dicari.

Baiklah Baik pegang kemudi
janganlah sampai, Ya Allah yaladan yaladan yaladan
janganlah sampai terlanggar karang, terlanggar karang.

Baiklah baik kita berbudi
janganlah sampai, Ya Allah yaladan yaladan yaladan,
janganlah sampai dikata orang, dikata orang.

Baiklah baik kita berbudi
janganlah sampai, Ya Allah yaladan yaladan yaladan,
janganlah sampai dikata orang, dikata orang.